twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, April 28, 2011

Segmen bloggers --->>>BERSAMAMU

assalamualaikum..

sebenarnye aku rase terpanggil utk menulis entry ni bila baca blog rakan bloggers MyungDAE -The Designer - (^_^) menulis untuk mengajak seberapa ramai yg mungkin untuk menyokong usaha murni TV3 melalui program tv realiti BERSAMAMU TV3

banyak di paparkan melalui program bersamamu kisah kisah kehidupan masyarakat malaysia yg masih hidup dalam kesusahan.. ibarat kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. tak kais tak makan lah.. hehe(xlarat nk ketawe sebenarnye)..

jadi di sini aku blogger cap ayam mengajak semua blogger yg lain x kira blogger elit, blogger picisan.. sama2 menjayakan segmen bloggers---->>bersamamu .. 

ingat lagi episod beberape minggu lepas? kesiankan budak tu.. meninggal masa tv3 sedang buat rakaman..

CARA NAK JOIN :

- Buat satu entri bertajuk " Segmen Blogger Bersamamu "
- Letak sekali banner dekat atas tu. Jangan lupa letak dekat sidebar tanda anda menyokong.
- Like page ni untuk tanda sokongan --> BERSAMAMU TV3
- Jangan lupe letak link entri di komen yeee
- Jawab soalan ni.

SOALAN

Jika anda mempunyai RM1,000,000 ringgit. Apakah yang akan anda lakukan untuk membantu mereka2 yang memerlukan?
jawapan aku :
aku akan cuba buat 1 perniagaan jenis franchise ala ala KFC ni.. dan beri peluang pada mereka ni memulakan perniagaan franchise dgn modal serendah yg boleh.. sebab nk mulakan perniagaan franchise pun mkn modal besar.. dan keuntungan diberi samarata.. 50% 50%

-sekian-

Wednesday, April 27, 2011

8 perkara pantang bagi lelaki

8 perkara pantang bagi lelaki 

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.   Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

  2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

  3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

  4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.   

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.   

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

  7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

  8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang. 

nak share? share lah.. 

Tuesday, April 26, 2011

jiwa kacau nak mampus

aku tak tahu.. ehh.. ntah lah.. lantak lah.. 

mesti ramai yg tertanya2 ape simbolik tali gantung ni dgn entry yg ni kan.. sebenarnye aku
sedang berkira2 utk menamatkan saje riwayat blog ni..

serius semangat aku dah down habis2an utk teruskan blog ni lagi.. 

sekian

Friday, April 22, 2011

Fans Pages?

salam semua.. haha.. ok.. aku tahu benda aku nk cite ni mcm melampau sgt utk blogger cap itik quek quek mcm aku ni nk buat Fans Pages utk blog ni.. ye aku akui.. blog ni x setanding blog2 lain yg bling bling, penulisan yg hebat2.. tp ape salahnye kan? kot2 dgn adenye Fans Pages ni boleh menambah bilangan pembaca dlm blog buruk aku ni.. hehe.. aku bukan nk ramai Follower.. aku cuma nk penulisan aku yg x seberapa ni di terima ramai.. itu aje.. xnk lah ramai Follower tp x ramai yg nk bace.. betul x? 

so nk tahu Fans Pages blog ni kat facebook? aku cuma gunakan medium facebook je.. kite boleh main komen2 kat dlm tu.. nk bagi idea ke.. nk kritik je.. silakan je.. tak kesah pon.. hehehe.. 

so sampai sini jelah bebelan aku yg ntah hape2 ni.. haha.. salam semua..

Tuesday, April 19, 2011

novel KOMSAS form2 utk johor melaka kelantan kisah benar?

pernah tak korg terpikir novel yg korg baca kat sekolah masa form 2(johor, melaka, kelantan je) merupakan kisah benar dan jugak sejarah hitam dlm dunia penerbangan negara kite? nk tahu lebih lanjut? ok.. sila lah ikuti posting ni sampai habis.. (^_^)V PEACE

Daging Berkecai Di Paya Bakau, Tanjung Kupang, Johor.

Walaupun peristiwa ini berlaku ketika aku masih belum lagi lahir ke dunia ini, namun aku dapat merasakan betapa sedihnya mereka yang telah kehilangan keluarga. Tragedi yang dimaksudkan adalah peristiwa terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tanggal 4 December 1977. Berdasarkan sumber rasmi, nahas tersebut berpunca akibat hijacked oleh pihak komunis. Namun menurut ayah aku pula, kejadian tersebut berpunca akibat daripada seorang menteri kabinet yang dalam keadaan mabuk telah melepaskan tembakan terhadap juruterbang. Namum berat hati aku mengatakan kejadian berpunca daripada rampasan oleh pihak komunis berdasarkan pita rakaman kota hitam.

Info Tragedi

  • ·Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653 
  •  ·Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang 
  •  ·Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang 
  •  ·Penumpang: 93 + (7krew) 
  •  ·Kematian: 100 orang 
  •  ·Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6 
  •  ·Tarikh: 4 December 1977 

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.
        Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
        HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

        Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.
        Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!
        Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
        Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
        Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
        Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
        Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.
        Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.
        Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
        Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.
        Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.
        Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.
        Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.
        Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.
        Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.
        Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.
        Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
        Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.
        Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.
        Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.
        Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.
        Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

Artikel di bawah ini di ambil dari akhbar Kosmo!.. Pasti ada segelintir yang tak tahu menahu akan kisah ini. Tetapi kepada yang dah tahu tentang kisah ini, sila langkau ke tajuk yang lain.. Kalau yang lain pun korang tau, korang ulangi langkau-melangkau tu.. kalau semua artikel2 yg ada kat sini korg dh tau jugak, korg klik Account, pastu Sign Out.. And then klik Start & klik Shut down.. kepada yg nak layan, jom layan.. bebel banyak pun tak guna jugak kan? hahaha..

Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor

Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham DatukHussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan SriManickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Barang - barang mangsa yang bertaburan dikumpulkan 

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

Pelbagai Teori Rampasan Pesawat :-
  • Rampasan dikatakan didalangi gerila Tentera Merah Jepun (JRA). Namun keterlibatan kumpulan itu dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Shafie.
  • Rampasan turut dikaitkan dengan anggota militan Vietnam kerana sebelum itu Singapura telah menahan 3 orang militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.
  • Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba lain di seluruh dunia.
  • Terdapat spekulasi menyatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati sebelum pesawat terhempas.
fakta & teori TRAGEDI

Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.

MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 34 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara..

P/S: Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yg beragama ISLAM.. Kubur ini kini menjadi sejarah hitam di Malaysia kerana kesemua mangsa tak kira bangsa, agama & negara di semadikan bersama..

* Ada novel Tragedi 4 Disember dalam silibus Komsas Tingkatan 2.. Yang aku tahu pelajar negeri Johor, Kelantan & Melaka dpt baca novel ni.. ini apa yang aku rembat dari Wikipedia..

Tragedi Empat Disember merupakan sebuah novel karya Dzul Karnain Ithnain. Ia turut dijadikan komponen sastera untuk para pelajar tingkatan dua di negeri Melaka, Johor dan Kelantan. Ia diadaptasikan dari tragedi kapal terbang Malaysia Airlines Penerbangan 653 (MH653) pada 4 Disember 1977 di Tanjung Kupang, Johor, Malaysia ketika penerbangan ke Bandara Changi, Singapura
Novel Tragedi Empat Disember mempunyai no. KK: 893 93492101, no. ISBN: 983626986X dan diterbitkan pada 2000.

Untuk info lain tentang artikel ini, korg boleh layari Wikipedia yg nhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines_Penerbangan_653

korang nak peta Memorial Park yg kat Kebun Teh tu? nah amek..
http://www.wikimapia.org/#lat=1.496404&lon=103.76084&z=17&l=0&m=b&search=tanjung%20kupang%20kebun%20teh

Berikut adalah kisah2 sebelum, semasa & selepas kejadian.. Kisah mistik? juga terselit di situ..
(di petik menerusi blog2 dan forum2 yang sedia ada)

Kiriman dari Subee menceritakan - Kawan family aku pon ada yang jadi mangsa....husband ke kawan baik mak aku....baru ja kahwin....keja dgn MAS opis kat KL....Balik Penang every weekend. Hari tu dia patutnya naik an earlier flight tapi flight tu  over booked and since dia MAS punya employee... naik pon aku rasa rega diskaun....he was asked to surrender his seat...tu yang dia naik that fateful flight. So bila this kapai terbang terhempaih....bini dia tak syak apa2 pasai ingat dia naik the flight yang he was supposed to naik....and dah selamat tiba di KL....Tup2...tengah malam tu kot dapat call from MAS opis...bagi tau laki dia salah seorang yang terkorban....nyonya kawan mak aku masa tu tengah pregnant anak sulong....4-5 bulan, aku tak berapa nak ingat....sampai laa ni, nyonya tu tak kahwin2.....setia habeh kat laki dia tu! SEDIH.....kan....

Kisah pertama, pemandu teksi -  seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.
    Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.
    Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.
    Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Kisah kedua, ketua kampung Tjg Kupang - Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.
    Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.
    "Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.
    Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.
    “Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.
    "Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.
    "Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.

Kisah ketiga, nelayan Tjg Kupang - Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.
    Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.
    "Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.
    "Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.
    Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.
    “Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.
    "Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.
    "Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.
    Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.
    Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.
    "Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.
    "Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan," katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.
    Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.
    “Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.
    Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Selimut Purple menceritakan - ader cerita gak pemandu teksi bawak pompuan nak g tempat kapal terbang tu terhempas .... taxi driver tu tanya nak wat pe g saner... pompuan tu cakap nak g amik cincin dia yang tertinggal... tiber kat saner pompuan tu terus ilang... taxi driver tu pown paham la saper pompuan tu sebenarnya.... rezeki pakcik tu dapat berbual ngan pompuan tersebut....

REDchile menceritakan - Arwah untie syarifah ni schoolmate ibu red ..ade gambo dia dalam simpanan kiteorg mase sek rendah kalo tak silap ....memng lawa muka cam arab ..kecik2 lai da lawa....ibu red yg cite kawan dia syarifah ni la yg mati mase kejadian kapal terbang tu ....if dia masih idup dah 55 thn da umur dia..

Duquesne menceritakan - My father penah cerita pasal tragedi ni.. dia terselamat sebab ambik penerbangan yang awal sikit dari yang ni.. patutnya dia ambik yang terhempas ni, tapi boss dia suruh balik awal sikit, so dia ambik yang awal. Boss dia tu ler orang yang terkorban dalam nahas ni.. al-Fatihah..

Talapia menceritakan - yg paling menyayat hati.. ada a few pilots yg kata.. masa attend class apa ntah,.... dorang diperdengarkan dengan rakaman suara dari kotak hitam pesawat malang tu... dengar suara pilot pleading "please dont shoot".. something like that la..  tak sangka cerita pasal aircraft hijack ni pernah berlaku di mesia. both pilots are shot n bleeding to death. kesian sangat...

Shania menceritakan - i ade  dgr yang version lain tapi ia bersangkutan dgn politics...org yang sepatutnye ade dalam flight tu, dah tau awal2 so dia terlps dr flight ni..ape yang saye dgr lps je kejadian itu, dia terus pegi overseas...

Teori seorang blogger - kalu ikut kata pilot2 MAS (diorang kena dgr transkrip perbualan dlm cockpit tu semasa latihan)
        Menteri tu nk bwk pistol naik flight,pistol kat bodyguard dialah
memula pilot tu tak kasi (ganjoor pilot tu) tapi akhirnya dia akur sbb taknak flight delay
coz benda ni pernah terjadi setahun sbelum tu...menteri yg sama nk bwk pistol naik flight,bila tak dpt..bertekak sampai flight delayed for over an hour
       pd hari kejadian tu adalah hari wedding anniversary pilot tu..so dia nk balik cepat,takmau flight delay
so,dia buat kesilapan terbesar membenarkan bodyguard menteri tu bwk pistol naik flight
pehtu,dunno what actually happened,this one guy(they speculated was the menteri's bodyguard) masuk dlm cockpit n mengamuk..dia tembak co-pilot dulu ...pastu tembak pilot plak..seram woo diorang kata masa dgr rakaman kedua2 pilot tu merayu 'please dont shoot'..permintaan terakhir pilot tu nk makan sirih( dia singh) and segelas air...they were bleed to death..sedih kan..pilot tu tak dpt balik pun nk celebrate wedding anniversary dia..
        ade jugak teori mengatakan ini adalah suicide attempts kerana someone tukar autopilot kpd manual yg menyebabkan flight tak dpt dikawal sbb dua2 pilot dah mati...ade jugak kata ade kaitan dgn kes rasuah and so on..wallahualam..sbbnya takde sorang pun yg survive yg boleh cerita hal yg sebenar kan?
tp pilot2 mas yg dgr rakaman tu yakin 99% bukan kerja pengganas (the so-called red japanese army)

Ada lagi yg menambah - Kalau ikut pilot2 tu lagi, bodyguard tu consume alcohol dan bunuh pilot dan co-pilot sebab drunken rage. sorang steward cuba nak control plane sebab dia panik tak tau kapal terbang tu dalam auto-pilot, dia ingat takda sapa navigate kapal terbang akan menjunam kot, so tu yang jadi manual tu (mengikut perbualan pilot2 tu lah). isu lain yang timbul juga sama ada kapal terbang tu boleh survive sampai ke singapore sebab jumlah minyak mungkin tidak mencukupi

*nak share ni semua? share lah.. Wassalam!!

Wednesday, April 6, 2011

Tips mengurangkan kepanasan laptop

Assalamualaikum w.b.t, adakah anda merasakan bahawa laptop anda mampu memanaskan telur sehingga ke tahap boleh menjadi telur mata goreng? Ramai diantara kita yang menggunakan laptop cooler pad sebagai jalan penyelesaian dan menganggap bahawa masalah telah selesai. Namun begitu sedarkah anda bahawa sebenarnya laptop cooler pad hanya menyejukkan bahagian luaran laptop dan bukan bahagian yang sepatutnya disejukkan. Walaupun begitu, laptop cooler pad masih memberikan kesan yang positif walaupun hanya sedikit.

 -cooling fan-

Bahagian dalam laptop yang menjadi punca utama kepanasan dikenali sebagai Cip Unit Pemprosesan (Processor/CPU) dan juga Kad/Cip Grafik (Graphic Card) yang juga dikenali sebagai GPU (Graphic Processing Unit) dimana semakin laju atau semakin canggih kedua-dua cip berkenaan maka semakin tinggi juga haba yang dihasilkan. Memang menjadi lumrah, tenaga kinetik yang lebih laju menghasilkan haba yang lebih banyak sepertimana meteor yang jatuh dari angkasa menghasilkan haba yang terlampau akibat dari geseran dengan udara. 

 -processor intel core i7-

-grafik kad nvidia geforce 6series-

Justeru, bagi melegakan hati semua pengguna laptop dan tidak menjadikan laptop mereka sebagai 'kuali untuk menggoreng telur mata', saya kongsikan sedikit tips mengenai kepanasan laptop dan cara-cara mengatasinya.

Bagaimana untuk mengetahui suhu laptop saya?

Kebanyakan laptop masakini dilengkapi dengan sensor bagi mengesan suhu CPU dan juga GPU. Suhu ini boleh dilihat menggunakan perisian tertentu seperti SpeedFan yang boleh digunakan pada hampir semua jenis laptop dan juga Nvidia nTune untuk maklumat yang lebih terperinci bagi laptop yang dilengkapi dengan cip Nvidia.

Berapakah suhu yang ideal bagi sesebuah laptop?
 
Bukan semua jenis laptop mempunyai suhu yang sama mengikut penggunaan. Ini disebabkan kerana setiap jenis laptop mempunyai CPU dan juga GPU yang berbeza. Suhu laptop diklasifikasikan kepada dua iaitu :
  1. Idle Temperature - Penggunaan laptop yang minima tanpa menggunakan perisian yang membebankan.
  2. Maximum Temperature - Penggunaan laptop dengan beban yang tinggi seperti memindahkan data yang banyak (copy files) dan juga permainan komputer 3D yang berspesifikasi tinggi.
Suhu yang ideal bagi sesebuah laptop ialah :

50'C < Idle Temperature < 70'C
70'C < Maximum Temperature < 85'C

Sekiranya laptop anda mencapai ke 85'C dan keatas, maka anda mempunyai laptop yang telah melebihi suhu ideal dan ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop anda menjadi singkat dan kebarangkalian untuk laptop anda menjadi rosak adalah lebih tinggi. Jaga-jaga agar laptop anda tidak menjadi pengganti kuali anda di dapur!

Mengapakah laptop saya begitu panas?

Pengaliran haba bagi laptop adalah kurang baik berbanding dengan komputer peribadi desktop dan ini disebabkan oleh faktor saiz yang kecil mengakibatkan haba tidak boleh dialirkan dengan baik. Terdapat laptop yang bersuhu ideal dan juga tidak ideal. Kebanyakan laptop yang panas adalah laptop yang mempunyai CPU yang berkuasa tinggi seperti Core 2 Duo 2.0 Ghz dan ke atas serta GPU yang mantap seperti keluaran dedikasi Nvidia dan juga Ati.

Tips mengurangkan kepanasan laptop
  1. Gunakan laptop cooler pad yang berharga Mahal.. jangan gunakan yg rm9 tu.
  2. Jangan menghadang ruang pengaliran haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
  3. Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
  4. Jangan guna laptop dipermukaan yang kurang mengalirkan haba seperti kain dan tilam.
  5. Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan komputer 3D.
  6. Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!
Laptop saya masih begitu panas. Apa yang patut saya lakukan?

Sekiranya suhu laptop anda masih begitu tinggi iaitu melebihi suhu ideal, anda perlu melakukan pengubahsuaian pada sistem penyejukan dan pengaliran haba laptop anda. Anda boleh merujuk pada saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengubahsuaian tersebut.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya membiarkan laptop saya kepanasan?

Laptop anda berisiko untuk rosak lebih cepat dan komponen yang paling berisiko ialah motherboard. Anggaran kos bagi menggantikan motherboard dan membaikpulih laptop anda adalah sekitar RM500 - RM2000 bergantung kepada jenis laptop anda.

Berapakah harga bagi pengubahsuaian sistem penyejukan laptop saya?

Dengan kos yang serendah RM100, anda boleh mengurangkan suhu CPU dan GPU anda sehingga 10% - 30%..

Wallahu'alam....

dgn izin perkongsian dari sahabat blogger Hijrah Huzaifah

Tuesday, April 5, 2011

Ibarat Lembu yg di tambat tuannya

salam.. berjumpa lagi kite dlm blog buruk ni ye.. haha ape cer? ada sihat ka? haa bagus2 laa kalo sihat.. kalo x sihat.. pegi klinik cepat ok... 

so.. ape yg aku nk mengarut ye kali ni.. haaa.. tadi siang 5 april 2011.. aku jejalan kat Larkin indah pegi pasaran masree beli ikan utk kucing aku lah.. so ade 1 kedai steamboat baru bukak kat situ.. rasa nk pegi try lah.. 

5 april 2011 jam 11.15am lokasi Larkin Indah

Dalam gmbr tu.. tu lah kedai steamboatnye.. rase baru 2 3minggu bukak ni... hehehe tp bukan pasal kedai ni aku nk cite sebenarnye.. ni pasal benda warna kuning dlm gmbr tu.. nampak x?? ape?? pili bomba?? haah laa pili bomba.. kenape?? x caya ke??

Hahahaha.. ape yang menarik kat pili bomba tu??? nak tahu ke?? ok... aku kasik lagi 1 gmbr...

ape macam? ada nampak ke?? bukan hanya pelepah kelapaje ade kat pili bomba ni.. ade Rantai yg di tambat kemas siap manga kat pili bomba tu dgn sebuah dapur kepunyaan kedai steamboat ni.. laaa ade pulak yg kate tak jelas gmbr ni.. kejap2..

nampak jelas da? ok... ape kejadahnye pemilik kedai ni menyeksa Encik pili bomba ni sedemikian rupa.. harap dgn pendedahan ini di blog buruk sy.. pili bomba ini mendapat pembelaan sewajarnya.. 

HARAPKAN PAGAR.. PAGAR TAK BOLEH DI HARAP.. sekian dari sy akuhann.. ekekekeke...

Nota : Balai bomba larkin dekat je.. 