twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

8 perkara pantang bagi lelaki

8 perkara pantang bagi lelaki 

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.   Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

  2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

  3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

  4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.   

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.   

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

  7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

  8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang. 

nak share? share lah.. 

Friday, March 4, 2011

dah tunang ke belum nih? LOL

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku::
"Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”
“Kahwinlah dengan kita bila2″
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang."
Contoh:
“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas.., bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT biaseler.. org melayu mmg kaya dgn adat tp tu bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa disedari?? Haaa, ayokkk, aku x tau. Hhahahaha...

Saturday, February 12, 2011

Maulidur Rasul tak sabar nk sambut

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

ingat ye... 15hb je tau kite sambut... yg 14hb tu HARAM umat islam menyambutnye.. 

Tuesday, February 8, 2011

hari kekasih? valentine day? watepakk!! -update-

Sejarah Valentine
Valentine adalah nama seseorang pemimpin agama Katolik yang telah dianggap menjadi martir ?Islam : Syuhada- oleh orang-orang Kristian (katolik) dan Valentine telah diberi gelar sebagai orang suci (Santo) oleh orang-orang Kristian.
Kisahnya bermula ketika raja Claudius II (268 - 270 M) mempunyai kebijakan yang melarang perajurit-perajuritnya untuk berkahwin. Menurut raja Claudius II, bahawa dengan tidak berkahwin maka para perajurit akan agresif dalam berperang.
Kebijakan ini ditentang oleh Santo Valentine dan Santo Marius, mereka berdua secara diam-diam tetap menikahkan para perujurit dan pemuda2 lama-kelamaan tindakan mereka diketahui oleh raja Claudius, sang raja pun marah dan memutuskan untuk memberikan hukuman kepada Valentine dan santo Marius yaitu berupa hukuman mati.
Sebelum dihukum mati, Santo Valentine dan Santo Marius dipenjarakan dahulu, dalam penjara Valentine berkenalan dengan seorang gadis anak penjaga penjara, kemudian gadis ini setia menjenguk valentine hingga menjelang kematian Valentine. Sebelum Valentine dihukum mati, Valentine masih sempat menulis pesan kepada gadis kenalannya.
From Your Valentine
Setelah kematian Santo Valentine dan Santo Marius, orang-orang selalu mengingat kedua santo tersebut dan merayakannya sebagai bentuk ekspresi cinta kasih Valentine, 200tahun kemudian yaitu tahun 496 Masehi setelah kematian Santo Valentine dan Santo Marius, Paus Galasius merasmikan tarikh 14 februari 496 sebagai hari Velentine.
Itulah sejarah hari Valentine yang ternyata untuk mengenang dan memperingati dua orang suci Kristian Katolik yang mengorbankan jiwanya demi kasih sayang.
Ada versi lain tentang sejarah Valentine, yaitu pada masa Rom Kuno, tarikh 14 februari merupakan hari raya untuk memperingati dewi Juno, dewi Juno adalah ratu dari segala dewa dan dewi, orang-orang Rom kuno juga meyakini bahawa dewi Juno adalah dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan ?dewi cinta.
Pada tanggal 14 Februari orang-orang Rom kuno mengadakan perayaan untuk memperingati Dewi Juno dengan cara memisahkan kaum laki-laki dan perempuan. Nama-nama remaja perempuan ditulis pada potongan kertas lalu digulung dan dimasukkan ke dalam botol, setelah itu para laki-laki mengambil satu kertas sebagai, setiap laki-laki akan mendapatkan pasangan sesuai nama yang didapat dalam undian tersebut, bila kemudian mereka ada kecocokan maka mereka akan melangsungkan pernikahan dihari-hari berikutnya.

so bila kita tahu pasal sejarah valentine ni.. dah memang terang terang lagi bersuluh kot.. orang orang yg beragama ISLAM tak patut merayakannya... sebenarnya banyak lagi versi pasal valentine ni.. yg lain korg cari lah sendiri ok... 

Valentine dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol Tanggal 14 Februari 1492. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Wajarkah kita merayakannya.PASTI TIDAK!